RIDE DOYAN MIB 2024 – KEBUN DR. ROHAMAN ULU KLAWANG

Pada 14 Julai 2024 yang lalu, MIB telah menganjurkan sebuah ride bertemakan kebun dan durian. Ride ini terbuka kepada kesemua ahli MIB mahupun yang belum menjadi ahli.

Seronoknya program ini apabila disertai oleh sahabat bikers dari Johor dan juga Melaka. Disertai oleh beberapa buah motorsikal dan 4 x 4.

Jalan ke kebun durian merupakan jalan yang mencabar dimana kami terpaksa mengharungi jalan “off-road” dan tidak kesemua motorsikal kami boleh melalui jalan ini. Oleh kerana itu, 4 x 4 amat membantu waktu sebegini.

Beberapa ahli MIB yang berkonvoi dari Lembah Klang untuk program ini.
Jentera lulus offroad!

Pukul 9 pagi, kami singgah bersarapan di warung lemang che yah di ulu klawang sambil menunggu sahabat-sahabat bikers yang lain di titik pertemuan ini.

Otai warung masih berbisa! Nenek sporting dan masih cergas di usianya 70an! Mashallah
Awesome!
Geng wanita turut hadir. MIB ada Lady Biker tau!

Selesai bersarapan, masing-masing bergerak ke destinasi utama iaitu kebun Dr. Rohaman. Jalan berliku memperlihatkan pemandangan yang terlalu indah, dengan bukit-bukau, hutan belantara serta bau hutannya, sungguh tenang sekali!

Hanya beberapa motorsikal yang boleh mengharungi jalan offroad. 4 x 4 juga berperanan membawa ahli-ahli yang memerlukan pengangkutan ke dalam kawasan kebun kerana jarak kebun adalah sekitar 500m dan 2KM ke dalam!

Berbaloi jatuh..hahaha

Setibanya di kebun, kami dihidangkan dengan durian yang pelbagai jenis, semuanya masak, enak. Isinya manis, pahit, berkrim, lemak, ya, semua rasa lah!

Kemudian, kami bergerak ke kebun seterusnya untuk sesi menanam pokok durian disana!

Pokok ke – 2
Geng tanam durian di Kebun Dr. Rohaman
Selesai sesi menanam pokok durian
Vlog pendek Ride Doyan 2024

Walaupun perjalanan untuk ke kebun agak berliku dan menguji adrenaline, namun, destinasi yang indah segera melenyapkan perasaan yang bercampur baur itu. Kelegaan segera menerpa urat darah kami apabila berkumpul bersama sahabat-sahabat permotoran dan bergurau senda bersama sambil menikmati durian yang sedap. Hilai tawa serta pemandangan yang indah membuatkan perjalanan menjadi indah dan menggembirakan.

Semoga program sebegini dapat dianjurkan lagi dan dapat mengeratkan ukhwah bersama sahabat-sahabat disini.

Catatan oleh:

Diyanah Abdullah (Setiausaha MyIKRAM Bikers)

more MIB stories