Ride : Hi-Tea MyCare Education for All, Impiana Hotel, Johor

Kuala Lumpur, 9 Ogos 2024 : Memenuhi jemputan MyCare untuk menyumbang dana kepada program Hi-Tea Education for All, kami bergerak ke R&R Seremban bagi menunggu sahabat bikers lain dan seterusnya memulakan perjalanan ke Senai, Johor. Tepat jam 9.00 AM, kami memulakan perjalanan.

Pemusafiran ini disertai oleh Hj Aidil (PSU MIB), Hj Rosli (AJK MIB), Hj Adly dan Diyanah (SU MIB). Disebabkan pemusafiran diadakan pada hari Jumaat, tidak ramai yang tidak berkesempatan menyertai kami. Biarpun hanya berempat, kemeriahan tetap terasa.

Sebelum memulakan perjalanan…

Jam 11.30 AM kami tiba di Johor. Singgah sebentar untuk sebuah santapan berat memandangkan sejak pagi, kami hanya mengalas perut.

Singgah makan berat

Setelah selesai menyelesaikan solat jumaat, perjalanan diteruskan ke lokasi majlis iaiytu di Impiana Hotel, Senai.

Setibanya di Impiana Hotel, Senai.
Ketibaan disambut oleh Pengurus Besar Operasi MyCare, Roha Hassan
Bergambar bersama penyumbang-penyumbang.

Terima kasih diucapkan kepada penganjur program atas undangan.

more MIB stories